, , , ,

November 24, 2009

Teater Kanak-Kanak Pesona Mimpi


SEMALAM aku berkesempatan menonton pementasan teater kanak-kanak yang bertajuk Pesona Mimpi yang dipentaskan di Dewan Perniagaan Cina Kelantan di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan.

Pementasan teater tersebut dijayakan oleh Kumpulan Teater Anak-Anak Merbau atau ringkasnya A.N.T.H.E.M mengisahkan anak kepada Tok Dalang Wayang Kulit yang langsung tidak meminati persembahan Wayang Kulit yang dipersembahkan ayahnya, beliau terpengaruh dengan peredaran zaman dan mengikut perkembangan fesyen terkini.

Siti Dewi adalah nama watak anak kepada tok dalang tersebut, hendak dijadikan cerita beliau telah dilarikan oleh salah satu watak Wayang Kulit yang dipersembahkan oleh ayahnya untuk dijadikan isterinya dan pengakhiran teater tersebut berakhir dengan Siti Dewi tersedar daripada tidur dan terjumpa semula dengan Ayah dan Ibunya.

Dalam pemerhatian aku dapati ada seorang pelakon dalam teater ini yang memegang watak ayah kepada Siti Dewi memang menjadi lakonanya, tidak kaku dan boleh dikatakan hampir setanding dengan pelakon teater profesional. Pelakon tersebut yang nama sebenarnya Amier Irfan atau nama panggilanya Irfan memang menghidupkan watak Ayah Siti Dewi tersebut jadi aku rasa pihak yang terbabit dalam memartabatkan teater jangan mempersia-siakan bakat ada pada anak seni yang berasal dari Kg. Sungai Bodor, Kota Bharu, Kelantan ini.

KLIK Bace Seterusnya!... untuk menonton sedutan Teater Pesona Mimpi.

SEDUTAN TEATER KANAK-KANAK PESONA MIMPI






Bace Seterusnya!

, , ,

November 21, 2009

Al-Kisah Rumah Sewa....


RUMAH SEWA mungkin itulah satu-satunya menjadi tempat penginapan pelajar bujang seperti aku ini, pada posting aku kali ini aku nak bercerita mengenai rumah sewa aku, tapi bukan bentuk rumah sewa aku ia lebih kepada perangai housemate aku.

Kadang aku dah naik bosan dengan housemate aku yang liat nak bayar sewa, nak bayar bil api, itulah manusia zaman sekarang, nak bayar sewa rumah tak de duit, tapi time top-upkan awek tiap hari pun tak ape, inilah manusia mungkin dia tak sedar kot yang hutang tu wajib di bayar?

Kalau setakat sorang je yang tak bayar tu kira boleh lah aku sabar lagi, tapi kalau dah ramai hinggakan berbulan-bulan tak berbayar sewa tu yang buat aku angin satu badan, ish-ish macam ni pun ada manusia la...atas dunia ni.

Nasib baiklah tuan rumah aku tu sporting sikit sentiasa beri peluang kepada kami, tapi sabar manusia kan ada hadnya, jadi setakat mana dia mampu bersabar kalau dah hampir empat bulan tak berbayar sewa, aduih terpaksalah aku mengais untuk membayar sewa rumah tu pakai aku dulu.

Yang aku heranya, mereka tu boleh pula buat muka tak bersalah, selamba aje duduk kat dalam rumah tu, macam tak fikir apa-apa pun, siap buat pembaziran letrik pulak tu, dah le letrik aku dan member aku sahaja yang bayar..ish-ish ada ke patut dia bukak tv...lepas tu tak nak tengok tinggal kan je tv tu on tanpa penonton.

Begitu juga dengan komputer dah lah pakai subwoofer Altec Lancing yang memang banyak pakai karannya, tapi nak tinggal pergi mana-mana dia buka pc dan tinggal camtu je pc tersebut, lepastu time bil api sampai, apa yang diorang ucapkan 'kena bayar tu' bayarnya tidak kalau perkara ini terjadi kat korang apa yang korang rasa?

Aku tak tahulah kenapalah aku pindah rumah sewa ni, aku rasa kalau aku kekal duduk rumah sewa yang dulu tak jadi begini pula, memang menyakitkan hati betul lah diaorang ni, kalau diaorang tu betul-betul tak ada duit takpe, tapi demi awek sanggup berhabis duit, sewa rumah disenaraikan yang paling last untuk diaorang bayar.

Bilalah mereka ni semua terbuka hati nak bayar sewa, cepatlah bayar sewa woi, ingat perkara pertama yang ditanya sebelum dikebumikan adalah 'hutang', adakah korang nak mati sebelum hutang di bayar?


Bace Seterusnya!

, , , , ,

November 17, 2009

Batu Panca Nur (Permata Cincin Panca Nur)



Batu Panca Nur (Permata Cincin Panca Nur)

SEPERTI yang aku janjikan dengan korang dalam posting blog aku yang terdahulu aku akan menerangkan satu lagi batu cincin atau permata cincin yang tidak kurang hebat khasiatnya. Batu cincin ini dikenali dengan nama Batu Panca Nur.

Selain itu, batu ini turut dikenali dengan nama batu Pancha Warna ia merupakan sejenis batu arkik bercirikan lebih dari dua hingga ke lima warna. Kelebihan di mata umum ialah pada lima warna iaitu merah, hijau, kuning, hitam dan putih kerana ianya dikatakan mempengaruhi lima pancaindera manusia.

Batu Panca Nur yang asli apabila dipegang terasa berat dan getaranya. Batu ini dijual oleh BatuCincin.com dengan nilai pendiah RM125 seunit termasuk kos penghantaran selain nota ilmu, peraturan dan amalan kepada pemiliknya.

Khasiat Batu Panca Nur ini dikatakan dengan izin Allah dapat memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada si pemakainya. Selain itu, batu ini dapat memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati dengan orang sekeliling. Ia juga dikatakan dapat membangkitkan rasa percaya pada diri dan keyakinan tinggi ketika berada di khalayak ramai.

Disamping itu, batu ini juga boleh menjadikan orang kagum dan sangat percaya serta tertegun dengan kata-kata si pemakai batu ini. Ia juga dikatakan berupaya untuk mengelakkan musuh membuat sesuatu yang jahat kepada si pemakai batu ini.

Bagi korang yang berminat untuk membeli batu ini bolehlah melayari laman web BatuCincin.com ataupun terus melayari http://batucincin.com/pembelian.html . Nilai Pendiah yang ditetapkan oleh BatuCincin untuk batu ini ialah RM125 seunit termasuk kos penghantaran.

JOMBERSEMBANG: Peminat-peminat cincin jangan lepaskan peluang keemasan ini dapatkan di pasaran sekarang, perlu diingatkan bahawa aku bukanlah pengedar batu cincin tersebut aku hanya bercerita mengenai batu cincin tersebut untuk pengetahuan umum. Jadi jangan hubungi aku untuk mendapatkan batu cincin tersebut.
Reblog this post [with Zemanta]


Bace Seterusnya!

, , , , , , , , ,

November 16, 2009

Batu Hakikat (Permata Cincin Hakikat)


Batu Hakikat (Permata Cincin Hakikat)

PERNAHKAH korang mendengar cerita mengenai Batu Hakikat atau Batu Cincin Hakikat juga dikenali dengan Permata Cincin Hakikat. Batu Hakikat dikatakan berasal dari batu Bukit ataupun gunung. Batu ini juga digelarkan oleh sesetengah orang dengan Batu Badar Lumut. Batu digelarkan sedemikian memandangkan batu ini mempunyai sejumlah tumbuhan lumut di dalamnya dan ia adalah batu hidup bersifat sejuk.

Diwakafkan pada batu cincin ini segala ilmu dan kekuatan secara makrifah insyaAllah dengan kekuasaan Allah ia dapat menundukkan musuh, menghilangkan penyakit dan menghindarkan gangguan makhluk halus, menghilangkan darah gemuruh, serta untuk keselamatan diri.

Walaubagaimanpun Batu Hakikat tidak boleh digunakan untuk membuat kejahatan dan juga perbuatan-perbuatan yang menyalahi hukum syarak. Batu cincin ini dijual oleh BatuCincin.Com dengan nilai Fidyah RM85 satu unit.

BatuCincin.Com juga menyediakan nota ilmu dan amalan yang berlandaskan ayat-ayat Al-Quran dan juga peraturan si pemakai batu cincin ini. Bagi mereka yang berminat untuk memiliki batu cincin atau permata ini boleh lah layari http://batucincin.com/pembelian.html

JOMBERSEMBANG: Kalau korang ni suka pakai cincin jadi janganlah membuang masa lagi, pergi ke laman web BatuCincin.Com dan belilah satu tapi ingat gunakan untuk kebaikkan sahaja. Aku akan cerita batu-batu cincin yang seterusnya dalam posting aku yang akan datang.
Reblog this post [with Zemanta]


Bace Seterusnya!

, , , , ,

November 15, 2009

Kereta Ular ( The Snake Car)

Kereta Ular ( The Snake Car)

KERETA ular aneh bunyinya kan? agak-agak korang berani tak korang naik kereta ular ini? Kalau aku seram sejuk lah jugak, ye lah dibuatnya tengah kita memandu tiba-tiba si ular tu meradang pasti lah yang tengah memandu dipatuknya.

Tapi kalau korang nak eksyen, memang sesuai korang dapatkan Kereta Ular ini. Hehe pastikan mak bapak korang tak takut dengan ular, tak pun kalau yang dah berkahwin tu pastikan bini dia tu tak takut ular barulah boleh pakai kereta ni.

Aku pun tak tahu mana tuan punya kereta ni dapat idea untuk buat Kereta Ular ni, hehe mungkin dia minat National Geographic kot, tak pun Animal Planet, hehe terpengaruh dengan rancangan tv lah tu, tapi kereta ular ini menjadikan pemiliknya seorang yang unik dan lain dari yang lain.

Korang tak teringinke menjadikan kereta korang kereta ular sepertimana yang ditunjukkan di dalam gambar? Pasti korang teruja apabila korang pakai kereta yang unik seumpama itu. Baik-baik sikit, kalau boleh bisa pada ular tu kena lah buang kan tak pasal-pasal kena patuk dek ular itu.

JOMBERSEMBANG: Macam-macam dalam dunia ni orang buat untuk kelihatan unik, ada yang sanggup meletakkan ular di atas kereta untuk menjadikan kereta diaorang unik, kalau aku tak nak letaklah baik aku letak Rocket Launcher sahaja kat atas kereta aku.
Reblog this post [with Zemanta]


Bace Seterusnya!

, , , , , ,

November 09, 2009

Honda Accord Akan Datang 2010


Honda Accord Akan Datang 2010
Oleh: yieMEGA

HONDA Accord terbaru akan muncul pada tahun 2010, aku baru je dapat gambar Honda Accord yang akan ada di pasaran pada tahun 2010 kelak. Nampaknya Honda maju setapak lagi dalam pasaran automobil dunia.

Hehe aku kalau bab gambar tak ada masalah punya kalau nak kongsi dengan korang semua, oleh yang demikian aku pun letaklah gambar Honda Accord 2010 ni dalam blog aku. Rajin-rajinlah korang komen, penat aku letak gambar kat blog aku ni.

Oh ya, korang nak ambik gambar yang ada kat blog aku ni, aku tak kisah ambik je lah lagipun aku dapat free aje, jangan malu-malu lah nak ambil gambar kat dalam blog aku ini untuk blog korang ke, apa ke sukati korang asalkan korang bahagia dahler.

Perlu dingat gambar yang aku letak dalam blog ini bukanlah gambar kepunyaan aku, jadi korang faham-fahamlah sendiri, kebetulan terjumpa jadi aku pun kongsi lah gambar ni dengan korang. Semoga berbahagia.

Koleksi Gambar Honda Accord 2010
HondaAccord2010


HondaAccord2010


HondaAccord2010


HondaAccord2010



JOMBERSEMBANG: Teringin juga aku nak pakai Honda Accord baru ni, apa nak buat angan-angan ajelah, aku ni bukan orang kaya yang boleh cetak atau cop duit. Sama-samalah kita berangan.
Reblog this post [with Zemanta]


Bace Seterusnya!

, , , ,

November 05, 2009

Kenangan Bersejarah Konvokesyen Ke 9 UNITAR (2009)

Kenangan Bersejarah Konvokesyen Ke 9 UNITAR (2009)

SEPERTIMANA apa yang aku cerita di dalam artikel blog aku sebelum ini yang aku menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen Ke 9 UNITAR (2009) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Oleh kerana di dalam artikel aku sebelum ini aku tidak berkesempatan untuk menyiarkan gambar-gambar di dalam majlis itu, jadi aku ambil keputusan untuk menyiarkan gambar-gambar tersebut dalam artikel aku pada kali ini.

Bagi aku Konvokesyen kali ini sungguh bermakna bagi diri aku, ye lah sudah sekian lama menuntut ilmu akhirnya dapat juga aku bergelar graduan, walaupun aku tidak berpuashati dengan pihak penganjur konvokesyen ini, namun aku tetap berpuas hati tentang apa yang aku telah capai, ye lah dulu aku SPM tiga kredit je, memang lemah dan agak mustahil untuk mencapai apa yang aku capai sekarang, namun selepas sedar daripada leka aku berusaha sehinggalah tercapai apa yang aku inginkan sebelum ini.

Memang benar dulu aku dijadikan bahan jenaka oleh kawan-kawan aku yang SPMnye lebih hebat dan cermelang daripada aku, oleh sebab itulah aku tercabar untuk membuktikan yang aku juga boleh berjaya walaupun SPM aku cuma tiga kredit sahaja.

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana telah menyempurnakan impian pertama aku ini, aku harap selepas ini aku akan terus melakar kejayaan di dalam hidup aku, kenangan SPM tiga kredit sudah semakin aku lupakan, namun aku tetap tidak lupa, jika tidak kerana SPM tiga kredit mungkin sampai sekarang aku tak bergelar graduan.

Kalau korang nak tengok gambar tersebut jangan lah malu-malu klik pada Bace Sepenuhnya! ye?

Sekitar Konvokesyen Ke 9 UNITAR 2009

Aku dan Hafiz


Kamil Dan Aku



Anip, Kamil dan aku



Aku sorang je






JOMBERSEMBANG: Pengajaranye di sini, gagal sekali bukan bererti gagal untuk selama-lamanya, malah kegagalan itu mungkin bakal menjana kejayaan. Renung-renungkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]


Bace Seterusnya!

, , , ,

November 04, 2009

BMW Tak Pakai Minyak...

BMW Tak Pakai Minyak...
Oleh: yieMEGA

BMW aku percaya ramai yang bermimpi di siang hari untuk memiliki BMW ni, ye lah ini kan dikategorikan sebagai mewah, sape yang tak mahu impikanya, sape yang pakainya mesti nampak eksklusif, mewah dan bergaya.

Tapi apabila bercakap soal BMW tentu orang fikir bagaimana kos untuk menampung minyak petrol yang diperlukan untuk membelai BMW itu, mungkin ramai yang bermimpi di siang hari terpaksa melupakan mimpinya apabila memikirkan kos minyaknya.

Kini dengan perkembangan dunia teknologi yang begitu pesat membolehkan BMW yang langsung tidak menggunakan minyak dicipta, BMW ni pasti jimat dan lagi menjimatkan bak kata orang gunakan tanpa was-was.

Korang nak tengok tak gambar BMW yang aku cerita ni? Kalau nak tengok jangan segan silu klik pada Bace Sepenuhnya korang akan nampak gambarnya itu, aku yakin korang akan kagum denganya.


Mantap Beb!....

BMW Tak Pakai Minyak


JOMBERSEMBANG: haha memang korang kagum lah kan ye lah ingatke kereta BMW rupa-rupanya Keldai BMW.



Reblog this post [with Zemanta]


Bace Seterusnya!

, ,

November 01, 2009

Konvokesyen UNITAR 2009

Konvokesyen UNITAR 2009
Oleh: yieMEGA

PADA 30-31 Oktober 2009 yang lalu aku telah pergi ke Putrajaya untuk menghadiri Konvokesyen Kali Ke 9 Universiti Tun Abdul Razak yang diadadakan di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Dengar nama tempat tu aku ingat ke gempak sangat Konvokesyen tu, tapi ternyata indah khabar dari rupa, hish apa lah penganjur ni, makanan untuk para graduan pun tak sedia, dah tu nak kena datang awal pagi lagi mana nak sempat sarapan, lainlah kalau penganjur sediakan.

Menambahkan baran aku apabila ada ke patut dinner untuk para graduan diadakan di KL sedangkan Konvokesyen diadakan di Putrajaya, memang sengaja diorang ni nak mendatangkan marah, nasib baiklah aku sabar sikit.

Semasa di Putrajaya aku menginap di Pullman Lake Side Hotel & Resort, bilik kat sini memang memuaskan, Satu malam RM290 tak termasuk cukai perkhidmatan dan juga makan, malam aku makan kat sini habis RM100 lebih tu, tapi tak pelah, nak buat camner, hotel ni je paling dekat PICC.

Aku pun heran jugak kenapa tak ada hotel bajet dekat PICC ni, mungkin Putrajaya ni untuk orang mewah je kot, satu lagi paling susah mencari gerai makan, aku tertanya macamana orang kerja kat sini makan apabila tiba waktu tengahari.


Bace Seterusnya!

, , , , ,

October 26, 2009

Apabila PC kita jadi PC PUBLIC...

APA KORANG RASA APABILA PC KORANG JADI PUBLIC PC?

Berdasarkan pengalaman aku, aku paling tension bila pc aku jadi public, korang tahu sekarang ni aku sendiri pun dah jarang guna pc aku sendiri kerana dah jadi "public" lah pc aku. Apa nak buat dah nasib badan.

Paling aku menyirap ataupun pantang time aku guna pc ada je yang menyibuk suruh buat itu dan ini, ada yang suruh aku copy ceritalah, ada tu time aku tengah guna pc dia tengok aku guna, memang merimaskan.

Inilah Melayu bangsa yang tidak beretika, bangsa sendiri yang mundur disalahkan bangsa lain. sampai bila pun Melayu akan terus mundur disini.


Bace Seterusnya!